Info

this blog is more like a online publish diary or i called it as "punching bag". i write everything, most of it is what i feel. never force to follow and never force to read. Thank You! ;)

Thursday, July 7, 2016

ampunkan aku..

Bila aku tersalah jalan..aku mohon ampun..
kerana rasa bersalah, aku berterus terang..
rasa yang tak hadir dalam hubungan..
tak mahu menipu diri dan kamu..
masa yang aku ambil tak cukup untuk paksa hadir..
tapi cukup untuk aku sedar yang rasa itu tak wujud..
aku takut kamu derita kerana rasa aku..
dan aku takut juga.. adakah diri aku sudah mati tanpa rasa..
atau kamu memang bukan untuk ku?
semoga di pagi syawal ketiga ini,aku dan kamu bahagia dengan cara sendiri..

SELAMAT HARI RAYA dari kawanmu..

Friday, February 22, 2013

Chants pun boleh jadi isu BERITA?

Hari ni aku agak kebosanan.. lalu aku godek la YouTube ni.. mencari Ultras Malaya.. melayankan FAM BANGSAT tu.. semakin jauh aku godek.. terbuka lah petikan daripada berita negara seberang, Indonesia.. yang anehnya, Ultras Malaya masuk berita isu tentang Ultras Malaya ejek supporters Indonesia "Anjing" dalam saingan Piala AFF 2012 yang lepas.. frankly speaking, I was there waktu Malaysia VS Indonesia.. dan aku ada disitu waktu Ultras Malaya bergaduh dengan fans Indonesia.. apa punca kejadiaan bergaduh tu aku tak pasti, some said fans Indonesia pijak bendera Malaysia.. WallahHualam..

Yang pasti, mereka diberikan layanan yang lebih baik compare dengan apa yang UM '07 dapat waktu final piala AFF 2010.. bagi seat untuk berapa puluh orang je.. siap kena baling Teh Tarik lagi.. bandingkan Indonesia fans, diorang diberi satu pintu khas untuk fans diorang.. ada gap lagi antara mereka dengan fans Malaysia.. maknanya mereka dijamin keselamatan.. yang lebih menarik,, mereka (Fans Indonesia) dengan bebas boleh pusing² sekitar Stadium Bukit Jalil tu tanpa ada sesiapa pun yg nak pukul/ejek mahupun baling TEH TARIK tu.. aku percaya, Chants yang dilakukan oleh Ultras Malaya ni lebih berhemah kerana mereka bersuara, bukan baling TEH TARIK tu.. maka benarlah SUARA LEBIH TAJAM DARIPADA PERBUATAN.. and of course, in the right manner lah. :)

Monday, December 19, 2011

Aktiviti hujung tahun.

Alhamdulillah,,sebelum tamat tahun 2011 ni,, kami dengan beranggotakan beberapa orang je masih lagi meneruskan tradisi dengan aktiviti BBQ.. walaupun tema BBQ kali ni mkn tengah hari,, tapi its ok la kan..masih maintain je.. location, belakang umah nenek aku a.k.a kebun aku.. tak mao tulih panjang,, hampa tgk je la gambaq kat bawah ni.. :D




ini kat sungai buatan kata depa.. :P









Gambaq ni plak cita time buat pintu utk kebun tu.. Thanks kwn2.. :D


pagar ni plak hasil kerja aku dan pasukan (Pali aka the boss, pdot dan awal)


Jambatan ni plak hasil kerja aku dengan awal. :D



Monday, December 5, 2011

hmmmppphhhhh...

so the story begins with smile. before u read, u must smile. :)
then, it follows with the tooth smiling. :D

so now is the story, it would be very uncomfortable when there is someone out there who you dont really like, and they keep coming to u. right? im sure u would feel the same? unfortunately, i am the trouble maker. damn~

i used to think that in order to win someone heart, i have to show my effort. how much i need her to be with me. yeah, that is what i used to think. and in the end, i over do it and everything has come to me. erghh~~

i can said that i almost done everything for her. i've changed because of her. i've moved on with my past because of her. which is good for me lah.. but however, now i felt in different way. hmmmphhmmmmm~~

whats the point of changing if it is not because of my will? how long does it last? how bad the changes would be? please GOD,, answer me..

I've told myself that she would be the one for me, and when i realize, i think, i just become one of her slaves.. damn~~ u can imagine how terrible i felt right now..

just for comfort,, i have to believe that one day, she will realize how much i sincerely for her. at least i did my super best for her.. just pray for her happiness and good luck in life.

thats all i can say now.. maybe it would make my pain less..
:)

Tuesday, October 4, 2011

5S.

for the past few days, my only works kat office ni(Pejabat Tanah Dan Daerah Larut Matang & Selama) hanyalah untuk siapkan 5S ni.

Seiri = Sisih, Seiton = Susun, Seiso = Sapu, Seiketsu = Seragam, Shitsuke = Sentiasa Amal.

Syok juga buat benda 5S ni. semua orang boleh tunjukkan kretiviti masing². TAPI, yang paling syok bila satu Unit Teknikal ni buat kerja last minit. MEMANG SUPERB! time ni la nak tengok sapa dia pekerja bededikasi. yang sanggup tunggu kat office tu sampai malam. even budak praktikal pun kena tunggu juga sampai pukul 10.00 malam. memang lah ada kelonggaran sikit untuk budak praktikal kn tapi atas dasar semangat kerjasama dan semangat setia kawan aku dengan brothers SO ni, aku pun stay juga lah. tapi aku dengar cerita, Big Boss Unit Teknikal ni lagi lama dia tunggu. sampai pukul 1.00 malam stay kat office selesaikan dekat Unit Pelupusan. betul² semangat kental Cik Salwa ni. sepanjang proses nak siapkan semua ni, ada banyak kisah kelakarnya. aku rasa benda ni la yang nak buatkan aku ingatkan semua orang kat office tu. best!

here's some photos to share.
have a nice day! ;)

BEFORE




After




Friday, September 30, 2011

Start new

setelah sekian lama ni, banyak bunyi² yang sampai ke telinga ni.keep talking about my status,"Single" ni. selalunya aku buat tak dengar je. alah, takat menyakat ja, tak makan dalam lah. but this time, aku terfikir, its about time for me to wake up. bukan sebab kena cari girlfriend tapi aku kena cari teman or kawan yang besungguh². aku ni lama sangat dah tak besungguh² nak kan seseorang. aku take it for granted je. maybe sebab tu lah semuanya tak menjadi. even brother kat ofis tu pn cakap mcm ni, aku ni sambil lewa sangat. nak tak nak je. one thing je yang aku tak boleh ubah dari dulu lagi, gemuruh bila becakap dengan perempuan. haihh~ sbb tu aku prefer utk diam je bila meet new people. tapi kalau dalam facebook ke, tweet ke or apa2 media, menulis macam romeo dah~ HAHAHA. kelakar jugak.

katanya brother ni, orang macam aku ni susah nak lekat kat orang, and susah nak lepaskan orang. is it? aku tak rasa benda ni baik untuk aku since everyone keep come and go je. mcm touch n go tu~ :P
untuk mengukuhkan lagi, mak aku sendiri cakap mlm semalam, "acik ni takkan kawin kot..orang tak mahu pn..".. damn~ patah semangat aku.. tapi semua ni main² mcm tu je kat telinga ni. ye lah, dalam kepala aku, "love can't pay the bills.".. itu yang pasti. mungkin sebab sekarang ni aku masih terumbang ambing lagi, sebab tu tak nak serius lagi. kot? mesti hampa yang baca pn naik lemas. tak menentu je pendirian aku ni. kekekkee. yesh, aku pasti sebab aku keep single ni sebabnya ialah aku masih tak berduit dan tak bersedia untuk beri comitment lagi. insyaALlah jika diizinkan, setelah dapat apa yang aku impikan, baru lah aku cari teman hidup. walaupun waktu tu dah tua sangat~ :P

and because of that, aku berfikir bahawa untuk start new, aku kena let go semua yang lepas. Alhamdulillah, semuanya dah bejalan lancar. lepaskan yang mana yang aku patut lepaskan dan mula semula yang baru. tinggalkan yang mana memesongkan, dan cari jalan lurus. bawak² la betaubat katanya brother ni. so sekarang ni, apa yang bermain dikepala ni hanyalah nak make sure semua projek² aku bejalan lancar. banyak sangat dah yang pending dalam kepala ni. sampai aku pn naik stress pk benda² ni. tapi its ok. for my future jgak. sekarang ni, aku dah ada list untuk job yang aku kena buat awal tahun 2012.

-siapkan ladang sawit
-siapkan kebun cili
-siapkan clear tapak baru untuk bukak ladang pisang
-jika diizinkan, nk try buka ladang lebah. royale jelly bee.

hanya 4 list je, tapi dia punya sub topik tu yang melambak - lambak.. HAHA.. as long as we love the jobs, nothings can stop u! ;)

wish me luck and have a great days ahead!

Thursday, September 29, 2011

Tips cari jodoh.

Untuk Lelaki, 6 Golongan jangan dijadikan calon Isteri. (Dari Kitab Muhimmah)
1 - Perempuan yang banyak keluh kesah.
2 - Perempuan yang banyak mengungkit.
3 - Perempuan yang berkenan kepada lelaki lain.
4 - Perempuan yang gemar akan sesuatu, lalu dipaksa suaminya untuk melakukan.
5 - Perempuan yang mengabaikan amalan² yang lain (subjektif)
6 - Perempuan yang membanyakkan bercakap.

Firman Saidina Ali,"Bermula lelaki yang jahat, bermula yang terlebih jahat sifat lelaki tetapi terlebih baik pula bagi sifat perempuan.".

3 sifat yang tak elok pada lelaki(suami) tetapi sangat elok untuk perempuan(isteri).
1 - Kedekut.
2 - Membesarkan Diri(sombong).
3 - Penakut.

Sunat memilih Perempuan/Lelaki yang elok mukanya. Cantik dimata sendiri. menenangkan dan sejuk hati memandang bagi suami/isteri. Supaya suami/isteri tak pandang lelaki/perempuan yang lain. Namun, jangan dipilih lelaki/perempuan yang cantik rupanya tetapi tiada Agama(Ilmu agama).


**sebenarnya, ini adalah huraian yang aku faham selepas tengok video ceramah tentang tips perkahwinan. lalu aku terfikir, tips² ni boleh la kot nak diguna pakai untuk mereka² yang masih bujang diluar sana. macam aku ni~ dalam aku asyik melayan video ni, aku pn terfikir, 6 sifat yang disebutkan td tu kena betul dengan ex-girlfriend aku yang aku gilakan sangat sampai sekarang ni. walaupun dibuang,dihina,dicaci,dimaki, tapi aku masih sayangkan dia..hingga aku merasakan seperti aku ni seorang lelaki DAYUS! Alhamdulillah, Allah nak tunjukkan jalan kat aku akhirnya. sebenarnya, secara kebetulan je aku jumpa video ceramah ni sebab ada orang lain yang post kat FB. tedetik plak hati ni nak tengok video ceramah Agama ni. Alhamdulillah, lepas tengok, hayati dan fahami. aku yakin yang dia bukan lagi untuk aku. lagi pun, hinanya seorang lelaki ni apabila begelar DAYUS! and aku tak nak digelar DAYUS tu! seteruk mana pun aku still kena bangun dan jangan kalah dengan perempuan. bila difikirkan secara rasional, bukannya perempuan yang nak memimpin, tetapi lelaki. tapi macam mana nak memimpin kalau lelaki ni sendiri lembut sangat hatinya.goyah pendirian dan mudah diperbodohkan. its about time untuk aku keluar dari kelompok DAYUS ni. InsyaAllah jika diizinkan Allah..